Najib Tangguh Perutusan Khas Beberapa Jam, Tunggu Panggilan Pemimpin Kerajaan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan beberapa jam perutusan khas beliau mengenai tragedi MH17 yang akan disampaikan menerusi RTM1.

Dalam tweet beliau, Najib menjelaskan ia kerana beliau sedang menunggu panggilan daripada beberapa pemimpin kerajaan.

“Perutusan khas terpaksa ditangguh beberapa jam. Saya sedang menunggu panggilan beberapa pemimpin kerajaan,” katanya.

Najib pada mulanya dijadualkan menyampai perutusan itu secara langsung di televisyen dan radio pada 8.10 malam ini selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama media di Surau Muhamadi, Angkasapuri di sini.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan Mh17 itu yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. 

Awal hari ini, Najib berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh. 

Pesawat MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/18/najib-tangguh-perutusan-khas/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.