Video : Najib Hadir Taklimat Tragedi MH17 Di KLIA

Sepang – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Bangunan Pengurusan Penerbangan (FMB) Malaysia Airlines (MAS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini untuk mendapatkan perkembangan terkini insiden pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine.

Beliau tiba di bangunan tersebut kira-kira 1.20 pagi untuk mendengar taklimat berhubung kejadian tersebut.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin tiba beberapa minit kemudian untuk menyertai taklimat bersama Perdana Menteri.

Walaupun butiran berhubung insiden masih belum diperolehi namun Perdana Menteri dijangka akan mengadakan sidang media mengenainya selepas taklimat tersebut.

Untuk rekod, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman kini berada di Beijing berhubung urusan kehilangan pesawat MH370.

Pesawat MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas dan dikhuatiri berakhir di selatan Lautan Hindi.

Menurut sumber, sidang akhbar mengenai kejadian yang mengejutkan dunia penerbangan itu dijangka akan pada pukul 4 pagi hari ini.

Manakala sebahagian ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine semalam, mulai tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.