MH17: Suria FM Ajak Pendengar Sertai Tahlil

PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM akan mengadakan majlis tahlil dan doa selamat bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam tragedi pesawat MH17 pada Sabtu (esok).

Jurucakap Suria FM berkata, majlis berkenaan akan diadakan di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak, dekat sini bermula pukul 4.30 petang.

Sehubungan itu pihak Suria FM mengajak semua umat Islam yang berkelapangan untuk turut serta dalam majlis berkenaan.

Dalam kejadian Khamis lalu, sebuah pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dipercayai maut selepas ditembak jatuh, 50 kilometer dari sempadan Ukraine-Rusia.

Pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/07/18/tahlil-mh17-suria-fm/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.