Majoriti Penumpang #MH17, Warganegara Belanda

Amsterdam – Tragedi MH17 memaksa Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pulang ke Amsterdam daripada satu sidang kemuncak di Brussel, Belgium.

“Saya amat terkejut dengan laporan dramatik mengenai kejadian yang menimpa pesawat MH17 itu,” katanya dan menambah beliau sudah menghubungi Presiden Ukraine.

Menurut laporan Reuters, operator pelancongan negara itu mengesahkan lebih seratus rakyat Belanda membeli tiket menaiki penerbangan berkenaan.

“Masih banyak lagi yang kabur mengenai fakta, keadaan dan penumpangnya,” katanya.

Sebelum ini, laporan tidak rasmi yang dikeluarkan agensi berita Ifax mendakwa 23 rakyat Amerika Syarikat antara mangsa yang terkorban.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/07/18/berpuluh-rakyat-belanda-antara-mangsa/#ixzz37lK7phLT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.