AS Yakin MH17 Diserang, Tapi Keliru Siapa Dalang

HASIL siasatan yang dilakukan ke atas data satelit di negara Ukraine mendapati pesawat MH17 sememangnya telah diserang dan diletupkan di udara ketika mengambil laluan berhampiran sempadan Rusia untuk ke Kuala Lumpur.

Menurut laporan yang dipetik CNN, Amerika Syarikat kini yakin bahawa pesawat MH17 yang terhempas telah diserang di udara dan ditembak dengan peluru berpandu.

Namun hasil siasatan sedikit tergantung apabila pihaknya tidak dapat mencari pihak yang mendalangi insiden berkenaan.

Pegawai kanan AS Barbara Starr dilaporkan berkata, berdasarkan sistem radar, pihaknya melihat sistem peluru berpandu darat ke udara dihidupkan dan terdapat kesan pesawat sebelum terhempas.

Manakala sistem kedua melihat kesan haba ketika pesawat ditembak.

Amerika Syarikat berkata, pihaknya kini sedang menganalisis trajektori peluru berpandu untuk menentukan dari mana ia datang.

Sementara itu, media asing turut memetik kenyataan puak pemisah pro Rusia yang mendakwa kotak hitam pesawat MH17 berada di tangan mereka.

Stesen radio Rusia, Kommersant FM pula melaporkan bahawa kotak hitam telah dihantar ke Moscow oleh puak pemisah Rusia yang tidak dikenalpasti.

http://www.sinarharian.com.my/global/as-yakin-mh17-diserang-tapi-keliru-siapa-dalang-1.300920

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.