Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidiladha 29 Jun Ini

- Advertisement -

CYBERJAYA – Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun ini, demikian menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah ialah pada 20 Jun 2023 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 29 Jun 2023 Masihi,” katanya, menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat