Wan Azizah Enggan Letak Jawatan TPM Sebelum Anwar Sah Jadi PM

KUALA LUMPUR – Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak akan melepaskan jawatannya sebagai timbalan perdana menteri sehingga Anwar Ibrahim mengambil alih kepimpinan negara daripada Dr Mahathir Mohamad.

Penegasan Wan Azizah itu sekali gus menolak gesaan supaya beliau melepaskan jawatannya untuk memberi laluan kepada Anwar dilantik menjadi timbalan perdana menteri yang baru dan seterusnya mengambil alih kepimpinan negara sebagai perdana menteri ke-8.

“Saya ingat tidak berbangkit sebab kita dah janji sebelum ini perdana menteri adalah Tun Dr Mahathir (Mohamad), dan saya adalah timbalan perdana menteri.

“Masa saudara Anwar ambil sebagai presiden parti (PKR) pun tidak ada perbedaan, jadi saya dah katakan bila Anwar jadi PM, saya akan ‘step down’ (berundur), so tiada isu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pertahanan Siber Persatuan Antikeganasan dan Profesional Keselamatan Antarabangsa 2019 (IACSP) hari ini.

Wan Azizah mengulas gesaan Bendahari PPBM Selangor, Mohd Shaid Rosli yang mendesak Wan Azizah meletak jawatan terlebih dahulu jika PKR mahu peralihan kuasa di antara Mahathir dan Anwar berlaku dalam tempoh berbaki setahun lagi.

Beliau berkata beliau tetap berpegang pada janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini menyetujui Mahathir sebagai perdana menteri dan beliau sebagai timbalan perdana menteri ketika mengambil alih kerajaan.

Timbalan perdana menteri itu menegaskan peralihan kuasa akan berlaku seperti mana dijanjikan oleh Mahathir iaitu memberi laluan kepada Anwar sebagai perdana menteri selepas 2 tahun pembentukan kerajaan PH. –  BERNAMA

Lain-Lain Berita Menarik;-

PPBM Gesa Wan Azizah Letak Jawatan TPM Terlebih Dahulu

Teo Nie Ching Lebih Sudu Dari Kuah Dalam Isu Kaji Pendidikan Islam – IKATAN

Perbuatan Orang Dalam PKR Sebar Video Seks – Azmin Ali

Kalau Baca Politik, Otai Reformasi Terbabit Konspirasi Nak Jatuhkan Azmin – PPBM

Azmin dan Haziq Ahli PKR, Ketulenan Video Seks Perlu Disiasat – PKR Johor

Ketua AMK PKR Santubong Lapor Polis, Dakwa SU Politik Azmin Paksa Berbohong

Timbalan Menteri Gantung Tugas Haziq, Diminta Jawab Surat Tunjuk Sebab

Pemimpin PKR Sabah Dakwa Ada Pemimpin Parti Lindungi Haziq

SU Politik Azmin Nafi Ugut, Dakwa Haziq Buat Laporan Polis Palsu

Ini Bukan Kerja UMNO atau PAS, Tapi Kerja Jijik Dari Dalam PH Sendiri – Khairuddin

Otai Reformasi Mahu Azmin Direhatkan, Harap Dr Mahathir Tidak ‘Double Standard’

One thought on “Wan Azizah Enggan Letak Jawatan TPM Sebelum Anwar Sah Jadi PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.