Azmin Sepatutnya Saman Haziq, Bukannya Tuduh Orang Lain – Pengerusi PKR Perak

PETALING JAYA – Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menggesa Timbalan Presiden Azmin Ali mengambil tindakan undang-undang terhadap Haziq Aziz, dan bukannya melemparkan tuduhan terhadap orang lain berhubung video seks sejenis yang cuba dikaitkan dengannya.

Farhash berkata tuduhan sembarangan hanya mencelarukan isu tersebut, sedangkan persoalan asasnya adalah, adakah dia terlibat dalam video itu.

“Kalau betul bukan dia, dia patut saman Haziq,” katanya ketika dihubungi FMT menerusi nombor telefon tempatan.

“Dia sendiri ke depan, hantar setiausaha politiknya, Hilman Idham buat apa?” tambahnya, merujuk kepada laporan polis dan qazaf yang difailkan selepas terdedahnya video seks sejenis itu.

Farhash turut ditanya mengenai dakwaan dia bersama Haziq ketika pegawai kepada ketua penerangan PKR itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), dan dakwaan dia sudah melarikan diri ke luar negara.

Beliau menafikan kedua-dua dakwaan itu, dan hairan kenapa tumpuan dialihkan kepadanya.

“Saya tidak tahu bagaimana perkara ini mengaitkan diri saya,” katanya.

Minggu lalu, Haziq menggemparkan negara apabila mendakwa Azmin pasangannya dalam satu video seks sejenis yang tersebar di media sosial.

Azmin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang cuba mengaitkannya dengan video seks itu dan akan mengambil tindakan undang-undang. – FMT

Lain-Lain Berita Menarik;-

Perbuatan Orang Dalam PKR Sebar Video Seks – Azmin Ali

Kalau Baca Politik, Otai Reformasi Terbabit Konspirasi Nak Jatuhkan Azmin – PPBM

Azmin dan Haziq Ahli PKR, Ketulenan Video Seks Perlu Disiasat – PKR Johor

Ketua AMK PKR Santubong Lapor Polis, Dakwa SU Politik Azmin Paksa Berbohong

Timbalan Menteri Gantung Tugas Haziq, Diminta Jawab Surat Tunjuk Sebab

Pemimpin PKR Sabah Dakwa Ada Pemimpin Parti Lindungi Haziq

SU Politik Azmin Nafi Ugut, Dakwa Haziq Buat Laporan Polis Palsu

Ini Bukan Kerja UMNO atau PAS, Tapi Kerja Jijik Dari Dalam PH Sendiri – Khairuddin

Otai Reformasi Mahu Azmin Direhatkan, Harap Dr Mahathir Tidak ‘Double Standard’

One thought on “Azmin Sepatutnya Saman Haziq, Bukannya Tuduh Orang Lain – Pengerusi PKR Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.