Anwar Nafi Penyokongnya Jadi Dalang Sebar Video Seks

PETALING JAYA – Anwar Ibrahim sekali lagi menolak dakwaan penyokongnya mendalangi penyebaran beberapa klip video hubungan seks sejenis antara seorang ahli parti itu dan seorang lelaki didakwa Timbalan Presidennya, Azmin Ali.

“Apa bukti? Mengarut apa ini? Anda tidak sepatutnya menyindir, ia sangat berbahaya, tidak adil,” katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim di sini, malam tadi.

Presiden PKR itu berkata, beliau bersimpati dengan pihak yang didakwa terbabit dalam kontroversi itu, tetapi “kita tidak boleh meletakkan keraguan kepada yang lain tanpa sebarang bukti”.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, PKR masih dalam keadaan baik dan bersatu padu selepas penyebaran skandal seks sejenis itu.

“Parti masih bersatu. Semasa saya di Sabah, semua bahagian datang. Semasa di Sarawak, semua bahagian juga datang.

“Mereka pun ada tanya soalan. Ia satu perjumpaan dan mesyuarat yang baik.”

Beliau turut meminta semua pihak membenarkan polis menyiasat isu itu.

“Saya tak mahu buat apa-apa telahan. Kita boleh baca, tapi yang sahnya kita kena dengar dari polis.”

Beliau mengulas laporan media Australia memetik pakar forensik digital bersetuju beberapa klip video seks sejenis yang tersebar sejak minggu lalu tidak menunjukkan tanda ia diubah suai.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Mazlan Mansor dilaporkan berkata sebuah pasukan petugas khas ditubuhkan untuk menyiasat kes video lucah itu.

Katanya, ia diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed dan dianggotai Jabatan Forensik polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Beliau berkata, polis menerima 17 laporan dan 21 keterangan direkodkan setakat ini. – FMT

Berita Berkaitan;-

Kalau Baca Politik, Otai Reformasi Terbabit Konspirasi Nak Jatuhkan Azmin – PPBM

Azmin dan Haziq Ahli PKR, Ketulenan Video Seks Perlu Disiasat – PKR Johor

Ketua AMK PKR Santubong Lapor Polis, Dakwa SU Politik Azmin Paksa Berbohong

Timbalan Menteri Gantung Tugas Haziq, Diminta Jawab Surat Tunjuk Sebab

Pemimpin PKR Sabah Dakwa Ada Pemimpin Parti Lindungi Haziq

SU Politik Azmin Nafi Ugut, Dakwa Haziq Buat Laporan Polis Palsu

Ini Bukan Kerja UMNO atau PAS, Tapi Kerja Jijik Dari Dalam PH Sendiri – Khairuddin

Otai Reformasi Mahu Azmin Direhatkan, Harap Dr Mahathir Tidak ‘Double Standard’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.