Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Malam Hari Raya

SULAWESI TENGGARA – Kehilangan seorang wanita pada hari raya pertama Jumaat lalu terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam perut seekor ular sawa yang ditangkap berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Kejadian ngeri itu berlaku di perkampungan Persiapan Lawela di Pulau Muna.

Mayat Wa Tiba, 54, berjaya dikeluarkan selepas penduduk membelah perut reptilia terbabit.

“Mangsa kali terakhir dilihat pada hari Khamis dan sedang menuju ke kebun miliknya.

“Namun, keluarganya berasa curiga kerana mangsa tidak kelihatan untuk solat Aidilfitri pada keesokan harinya.

“Susulan itu, keluarga mangsa dan penduduk kampung melancarkan gerakan mencari dan menjumpai seekor ular sawa di kawasan semak.

“Ular itu kekenyangan dan tidak mampu untuk bergerak. Berhampirannya terdapat kasut serta parang milik mangsa,” kata ketua polis tempatan, Hamka.

Menurutnya, kepala mangsa ditelan dulu manakala tubuhnya masih sempurna. – Tribunnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.