Cop Tangan, Ketika Ambil Sampul Raya 2 Ringgit Di ‘Open House’ MB Kedah

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak yang berkunjung ke rumah terbuka Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikatakan terpaksa menerima cop di tangan sekiranya ingin mengambil sampul duit raya.

Tindakan itu dikatakan bagi mengelakkan mereka yang telah menerima sampul tersebut menipu dengan beratur berulang kali.

Isu tersebut didedahkan oleh penulis blog, Khairul Ryezal melalui entri ‘Kedah cipta sejarah, ambil duit raya kena cop di tangan’.

Tidak cukup dengan itu, Khairul turut memuatnaik gambar seorang petugas wanita sedang meletakkan chop di tangan salah seorang kanak-kanak yang sedang beratur untuk menerima sampul raya tersebut.

Sementara itu tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak masuk akal dan mengarut.

“Sampai bercop, ini memang mengarut la (kerana) tak pernah dibuat orang. Budak-budak kalau nak minta 2 kali pun berapa orang sangat (sebab) bukan semua. Tak layak jadi pemimpin (kalau) macam ini, isteri pemimpin sekali pun,” ujar Suhaimi Bahari.

“Aku anggap dia bergurau (tapi) kalaulah benar seperti didakwa aku rasa kasihan pada budak-budak itu. Taubat tahun depan tak mau mai dah,” ujar Ahsanullah Osman pula.

“Berkira sangat dengan budak-budak, rezeki yang Allah bagi, tungguuuuu Allah akan berkira pula bila nak bagi (pahala,” tulis Jamal Masri.

“Satu penghinaan pada rakyat Kwdah sampai nak chop mcm tu, 2 ringgit kauuuu,” tegas Rizalman Abdul Rahman pula.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihah gambar tersebut dan pihak SuaraTV sedang cuba untuk menghubungi pejabat MB Kedah bagi mendapatkan pengesahan. – SuaraTV

4 thoughts on “Cop Tangan, Ketika Ambil Sampul Raya 2 Ringgit Di ‘Open House’ MB Kedah

  • June 18, 2018 at 1:36 am
    Permalink

    Tak payah buat rumah terbuka dan takpayah bagi duitlah..nak bertatoo tangan bagai..bakhil

    Reply
  • June 18, 2018 at 1:23 pm
    Permalink

    salam selamat hari raya maaf zahir batin.. kalau isu ini betul alangkah kecewa dan sedih duit raya untuk kanak-kanak! kenapa mengapa bolih diaorang guna idea ini! biarlah kalau ada yg ambil 2 kali…! banyak sangatkah kajh ha! Raya ini untuk kanak-kanak… orang miskin tak sekolah pun rasanya tak buat perkara bodoh bahlul bangang ini…..! apalah senket takda moral otak langsung….! lepas ni saya nasihatkan takyah beri duit raya lagi….! memalukan dan menjenkelkan petugas tu takda rasa malu ke??? simpan je duit raya awak dlm bantal ….! zaman ni ada lagi orang bersikap sedemikian…. buang masa …! hari ni dalam sejarah ……. tak lupa sampai bila-bila…..!

    Reply
  • June 18, 2018 at 1:25 pm
    Permalink

    NI BUKAN KLEPTROKASI …………INI STUPIDITY N BANGANGDITI….BODOHDITI…MCM TULAH….

    Reply
  • June 19, 2018 at 4:06 pm
    Permalink

    aku tak faham sangatla pasal benda ni,, ni pun nak jadi isu ke? apa yang teruknya? kenapa jadi isu? biarla, dia nak cop tangan budak-budak pun, bukan kena jadi isu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.