Video : Iklan Raya Maxis 2017 Sarat Mesej Kekeluargaan

Satu lagi iklan filem Hari Raya 2017 syarikat telekomunikasi Maxis yang menarik perhatian ramai.

Video berjudul ‘Wayang Sayang’ yang dimuat-naik di laman YouTube pada 16 Jun lalu sudah ditonton hampir 1.6K.

Video lakonan Beto Khusairi ini mengisahkan tentang kehidupan suami isteri, Kamil dan Nora yang bercadang untuk berpisah walaupun baharu sahaja berkahwin dua tahun lalu.

Sebelum berkahwin, mereka berkawan baik dan selepas itu mengambil keputusan untuk berkahwin.

Bagaimanapun, selepas berkahwin, kebahagiaan sebelum ini tiba-tiba sahaja hilang.

Video itu turut memperlihatkan pasangan ini kenal hati budi sebenar apabila sudah menjadi suami isteri dan tinggal sebumbung. Kehidupan mereka banyak berlakon, dan bermain wayang di hadapan orang.

Sehingga pada suatu hari, pasangan ini dipanggil bersama ahli keluarga lain untuk mendengar surat wasiat daripada ayah Kamil iaitu Encik Kamarudin.

Menurut wasiat itu agar Kamil mendengar kata hati untuk tiba ke destinasi yang di cari dalam kehidupannya.

Iklan ini mengandungi mesej yang jelas kepada semua pasangan suami isteri sekali gus memberi pengajaran kepada semua yang melalui kehidupan berkeluarga.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.