Tayar Van Pecah, Suami Isteri Maut Anak Cedera Ringan

Pasir Mas – Sepasang suami isteri maut, manakala anak lelaki mereka cedera ringan apabila van yang dinaiki hilang kawalan akibat tayar pecah di Batu Karang, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, semalam.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi, mangsa Jehsalamae Ma-Ae, 48, warga Thailand bersama isterinya Noorashikin Berahang, 45, warga tempatan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tercampak keluar daripada kenderaan yang dinaiki mereka.

Anak pasangan terbabit Mustaqim, 22, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan ke Pasir Mas dari rumah mereka di Rantau Panjang sebelum tayar van Ford Spectron pecah.

“Ekoran daripada itu, van yang dipandu Jehsalamae hilang kawalan sebelum terbabas dan menjunam ke dalam gaung di sebelah kanan jalan,” katanya.

Katanya, Jehsalamae dan isterinya meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat dan anak mangsa mendapat rawatan sebagai pesakit luar. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.