SPRM Tak Terima Sebarang Permohonan DoJ Amerika Berkaitan 1MDB

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menerima sebarang pemohonan bagi maklumat berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman terbaharu bagi mendapatkan aset-aset didakwa diselewengkan daripada syarikat tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, sehingga hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang pemohonan mahupun makluman dari pihak DoJ .

“Selain SPRM, saya difahamkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara juga tidak dimaklumkan mengenai perkara itu. Ini kali kedua pihak DoJ bertindak sedemikian,” katanya selepas melancarkan Program Sahabat SPRM di sebuah pusat membeli belah.

Dzulkifli berkata demikian ketika merujuk kepada langkah terbaru DOJ itu.

Ketika ditanya pemberita mengenai siasatan terhadap 1MDB, beliau berkata perkara itu berada di bawah bidang kuasa PDRM.

“Apa-apa yang berkaitan dengan 1MDB kita serahkan kepada polis dan siasatan masih lagi dijalankan, kita tidak mahu ‘overlaps’ (bertindih) kerja,” katanya. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.