Netizen Kecam Pemilik Bawa Kucing Naik Motor Ke Luar Negara

PETALING JAYA — Pemilik kucing menerima kecaman apabila membawa seekor kucingnya menaiki motosikal ke beberapa negeri sehingga ke luar negara.

Kucing baka Parsi milik Afiq Shazwan On, 27, itu pernah dibawa ke Thailand, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Perbuatan Afiq menerima reaksi pelbagai termasuk kecaman daripada netizen.

Rata-ratanya menyuarakan kebimbangan sekiranya berlaku kemalangan dan ia disifatkan kemalangan yang bakal melibatkan pengguna jalan raya yang lain.

Bagaimanapun, Afiq berkata Fluffy sejak kecil dilatih bertenggek di bahu ketika beliau menaiki motosikal pada kelajuan 40km hingga 50km/jam dan 120km/jam jika berjalan jauh, seperti memetik mStar.

Beliau berkata Fluffy, berusia dua tahun dua bulan tidak suka duduk dalam bakul motosikal atau dipakai dipakaikan abah-abah.

“Kalau berjalan jauh saya akan berhenti di setiap kawasan R&R (rehat dan rawat) untuk pastikan Fluffy OK,” kata juruteknik itu.

Tidak memiliki kereta, beliau berkata tabiat Fluffy bertenggek di bahu bermula apabila bakul motosikalnya penuh dengan barangan.

Sehubungan itu, beliau turut memiliki dua lagi kucing, iaitu Baby dan Adik tetapi kedua-duanya tidak suka menaiki motosikal.

Apatah lagi, beliau membangunkan akuan Fluffy yang mempunyai lebih 50,000 pengikut di Facebooknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.