Najib Temui Akar Umbi UMNO Perlis Esok

KANGAR – Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak akan menemui pemimpin akar umbi parti itu dari seluruh Perlis esok.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim kedatangan Perdana Menteri yang julung kali bagi tahun ini akan berlangsung di Dewan 2020 bermula 4 petang.

“Kekuatan UMNO bermula dari akar umbi dan UMNO adalah satu-satunya parti yang sentiasa membela rakyat, bukan sekadar berjanji tetapi tidak mampu menunaikannya seperti kebanyakan parti.

“Oleh itu saya menjemput seluruh rakyat Perlis datang ke Dewan 2020 esok untuk menemui dan memberi sokongan kepada Perdana Menteri,” kata Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Ramadan kepada golongan sasar selepas solat Tarawih, malam tadi. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.