Harga Lebih Murah Di Pasar Tani Pra-Syawal

TANGKAK – Orang ramai yang ingin mendapatkan pelbagai keperluan harian pada harga lebih murah boleh mengunjungi 15 buah Pasar Tani Khas Pra-Syawal yang disediakan di negeri ini.

Pasar bermula seawal pukul 7 pagi yang dianjurkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu ditetapkan di 15 lokasi terpilih di 10 daerah mula beroperasi pada Rabu ini hingga Sabtu depan.


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Ismail Mohamed berkata, seramai 290 usahawan terlibat dalam perniagaan tersebut yang menawarkan potongan harga antara lima hingga 20 peratus.


Katanya, antara lokasi pasar berkenaan termasuk di Pasar Tani Kekal Bukit Gambir, di sini, Taman Sri Sulong (Batu Pahat), Taman Indahpura (Kulai), Sungai Abong (Muar), Kampung Melayu (Kluang) dan beberapa lokasi lain.


“Dengan adanya pasar tani khas ini, orang ramai mempunyai pelbagai pilihan tempat untuk mendapatkan keperluan mereka pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan pasar tani berkenaan bagi peringkat negeri, hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.