Bank Pembangunan Sarawak Operasi Mulai Januari 2018

KUCHING – Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) akan mula beroperasi bermula Januari tahun depan.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengulang sekali lagi, Sarawak perlu untuk memiliki bank sendiri untuk meningkatkan pembangunan ekonomi negeri di kawasan urban dan kampung.

“Lembaga pengarah gabenor bank tersebut telah ditubuhkan,” katanya semasa merasmikan makan malam Gawai Dayak di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Amar Abang Johari turut mengumumkan, kerajaan negeri telah memperuntukkan dua bidang tanah di Jalan Ong Tiang Swee di sini bagi Yayasan Kebudayaan Dayak dan Dewan Perniagaan dan Industri Dayak untuk membina pusat sendiri.

Dengan pusat-pusat tersebut, beliau yakin komuniti Dayak katanya boleh menyediakan diri untuk menyertai pembangunan yang telah dirancang di negeri tersebut. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.