Video: Pasangan Kena Maki, ‘Beraksi’ Atas Lantai Pasar Raya

Sydney – Seorang lelaki ditangkap mengadakan hubungan intim bersama pasangannya di sebuah pusat membeli belah di sini, baru-baru ini.

 

Memetik laporan Daily Mail UK, aksi tersebut berjaya dirakam orang awam yang dikenali sebagai Abraham berasal dari Peakhurst, Sydney.

 

Abraham dilaporkan memuat naik video yang dirakamnya ke laman sosial pada Ahad lalu yang kemudiannya menjadi viral.

 


Australian couple caught having sex in Sydney… by suaratv2014

 

“Kami berada di tempat kejadian pada ketika itu dan berjaya merakamkan video ini,” tulis Abraham di halaman Facebooknya.

 

Berdasarkan rakaman berdurasi 0:30 saat itu, Abraham dilihat memarahi tindakan lelaki tersebut yang melakukan seks di tempat awam.

 

Video yang dirakam dengan menggunakan telefon bimbit tersebut menunjukkan pasangan itu mengadakan hubungan seks di atas lantai pusat membeli belah.

 

“Hei, apa yang kamu lakukan?

 

“Menjijikan mana boleh kamu lakukan seks di tempat awam, bodoh” ujarnya memarahi pasangan tersebut.

 

Sejurus selepas teguran tersebut, lelaki tersebut segera menghentikan aksinya.

 

“Aku sentiasa lakukan seks di mana-mana tempat yang aku suka” balas lelaki tersebut sambil membetulkan seluarnya.

 

Difahamkan, pasangan tersebut membetulkan semula pakaian mereka dan meninggalkan tempat kejadian selepas ditegur orang awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.