Video: Mahathir Tolak Cabaran Dialog, Kata Chegubard Hanya ‘Kucing Kurap’

Putrajaya – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir hari ini menolak cabaran yang dibuat oleh NGO Pro PKR, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) untuk tampil dalam sesi dialog ‘Hot Seat #Nothing2Hide’ bagi menjawab pelbagai persoalan dan dakwaan yang timbul sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun.

 

Mahathir ketika ditanya ketika mengadakan perjumpaan tertutup bersama kira-kira 50 peserta daripada beberapa NGO hari ini berkata, beliau hanya akan hadir sekiranya program tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

 

 

“Yang pertama siapa dia Chegubard ni, saya nak mintak Datuk Seri Najib duduk atas pentas depan TV lepas tu Najib boleh soal saya… dia boleh tanya dan saya boleh tanya dia, ini bukan soal saya.

 

Ini soal Najib tapi sebab nak bagi elak dari Najib, dia nak tanya saya. Saya nak jawab tapi u kena jawab sama… sama-sama kita duduk atas stage (pentas) semua TV duduk (buat liputan) depan tu dan broadcast (disiarkan) pada seluruh negara” katanya di dalam perjumpaan itu yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana petang tadi.

 

Mahathir turut menyifatkan aktivis PKR itu sebagai kucing kurap.

 

“Dia (Chegubard) ni (hanya) kucing kurap dari PKR, dah kena buang dah.

 

“Bagi tahu kepada dia, saya tidak bercakap dan tidak menjawab soalan dari kucing kurap” katanya lagi.

 

 

Sementara itu, pengguna media sosial terkejut dengan kenyataan Mahathir yang menolak perlawaan itu.

 

“Sehari selepas Solidariti Anak Muda Malaysia mewakili beberapa NGO lain menghantar surat jemputan program ‪#‎HotSeat‬ ‪#‎Nothing2Hide‬, ‪#‎Mahathir‬ telah respon..

 

“Malangnya beliau yang disangkakan seorang pahlawan yang pantang dicabar, rupa2nya menikus 2X5 macam Najib Razak juga..Kah kah kah ‪#‎SudahlahMahathir‬” ujar Asrul Nizam Adb Jalil di laman Facebooknya.

 

Terdahulu Ketua SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata program anjurannya itu bertujuan untuk membolehkan Mahathir menjawab pelbagai persoalan dan dakwaan yang timbul sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun.

 

Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata program itu antara lainnya bertujuan untuk membuktikan wujud kezaliman politik semasa pemerintahan Mahathir yang membabitkan isu rasuah serta dakwaan menjatuhkan menteri lain.

 

Menurutnya Mahathir di beri kebebasan untuk menetapkan bila tarikh dan waktu yang sesuai dan pihak SAMM akan menguruskan program itu sebaik sahaja menerima jawapan positif daripada bekas Perdana Menteri itu.

 

Dalam pada itu, Chegubard turut menegaskan pendiriannya yang tidak pernah menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahupun Dr Mahathir sebaliknya meluahkan rasa kecewanya apabila ada sesetengah pihak yang dulunya pernah menggelar Dr Mahathir sebagai ‘maha firaun’ kini bertukar menjadi ‘maha suci’.

 

“Ini bukan soal menyebelahi Najib. Najib masih perlu menjawab persoalan mengenai 1MDB. Tetapi Dr Mahathir juga bukan watak hero, kerana dialah punca segala kemusnahan,” katanya.

 

One thought on “Video: Mahathir Tolak Cabaran Dialog, Kata Chegubard Hanya ‘Kucing Kurap’

  • June 18, 2015 at 8:09 am
    Permalink

    Dr.M & Lim Lit Siang & Corrupt & Wrong Gov Do

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.