Kenapa DBKL Halau Buskers? – MYBC

KUALA LUMPUR – Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta bertimbang rasa dan tidak menghalang seniman jalanan atau ‘busker‘ tempatan yang mempunyai permit membuat persembahan di sekitar ibu negara.

 

Presiden Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) Wady Hamdan berkata, beberapa aduan yang diterima membabitkan kawasan pusat membeli belah Sogo dan Bukit Bintang.

 

“DBKL sering memberi notis bagi menyekat aktiviti busking walaupun busker mempunyai permit. Di Sogo kini dimaklumkan aktiviti busking tidak boleh dijalankan pada Sabtu dan Ahad. Begitu juga dengan Bukit Bintang yang sering disalahkan dengan kehadiran pengunjung yang luar biasa. Adakah aktiviti busking yang menarik minat masyarakat kini menjadi satu kesalahan?

 

“Di mana keutamaan kepada busker tempatan? Di awal objektif pemberian permit seniman jalanan adalah untuk memberi keutamaan kepadabuskertempatan untuk berkarya dan tidak membenarkan busker asing menjalankan aktiviti di lokasi terbuka.

 

“Di mana arah objektif tersebut?Busker asing masih bebas busking secara terbuka tanpa sebarang permit. Kita bukan menghalang aktiviti busker luar, tetapi apakah kelebihan permit yang dimiliki?” katanya kepada Astro AWANI di sini pada Rabu.
Jelas Wady, MYBC sendiri mempunyai hub busking di Avenue K iaitu AK Busk Stop yang memberi ruang kepada busker asing.

 

“Namun, kenapa DBKL kini kata sekejap boleh busking, sekejap tak boleh. DBKL harus memandang aktiviti busking di ibu kota membawa imej ‘lifestyle‘ yang bebas dan dipandang tinggi oleh pelancong.

 

“Aktiviti busking seharusnya dibenarkan berterusan selama 24 jam agar bandar raya itu nampak ‘hidup’ di setiap sudut.

 

“Peranan busker sebenarnya sangat membantu kemeriahan bandar raya dan tidak perlu ditekan dengan penguatkuasaan yang tidak konsisten,” ujarnya.

 

Katanya lagi, MYBC sendiri telah menggerakkan pertumbuhan komuniti seniman jalanan di seluruh negara dan mendapat kerjasama baik daripada semua pihak berkuasa tempatan (PBT).

“PBT lain dilihat jelas memberi ruang yg baik untuk busker berkarya dan menjalankan aktiviti sosial yang sihat.

 

“MYBC sendiri kini mempunyai 10,000 ahli yang memerlukan sokongan berterusan dan ruang yang lebih luas.

 

“Tolonglah DBKL bersikap lebih telus dalam menyokong pembangunan seniman jalanan seperti kami,” katanya lagi.

 

Sebelum ini, Wady dilaporkan memberitahu, seniman jalanan merupakan penghibur masyarakat dan bukan peminta sedekah. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.