Status FB Hina Islam Dan Melayu, Esther Yeam Buat Laporan Polis

Kuala Lumpur – Sejak akhir-akhir ini semakin banyak kes isu penghinaan terhadap agama Islam dilakukan.

Terbaru status Facebook seorang gadis, yang dikenali sebagai Esther Yeam dikatakan telah menghina ibadah puasa sehingga heboh diperkatakan di facebook.

Namun setelah beberaha hari isu ini tersebut, Esther mendakwa status menghina Islam di Facebook itu adalah tidak benar sama sekali dan merupakan fitnah jahat pihak tertentu yang berniat jahat.

Status “screenshot’ yang mengunakan nama dan gambar Esther Yeam dipercayai telah dimanipulasikan untuk tujuan menfitnah mangsa.

Susulan itu, mangsa telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut selepas menerima mesej berbaur ugutan.

Terdahulu, facebook akaun Esther telah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa mulut orang berpuasa adalah berbau dan menggangu orang sekitar.

“My advice to people yang akan berpuasa tidak lama nanti. Your really need to take this advice into consideration.

Saya cadangkan kamu semua makan chewing gum semasa berpuasa kerana kalau tidak buat macam itu, nafas kamu sangat berbau dan sangat menganggu orang sekitar.

Sangat mengarut mengikut ajaran agama sehingga menyusahkan orang sekitar. Nonsense.”

 

Ekoran status tersebut, ramai yang bertindak melampau ramai yang bertindak mengikut perasaan dengan memaki hamun Esther.

Islam sepatutnya mengajar umatnya supaya lebih bersabar dan tidak mudah mengikut nafsu amarah.

Sepatutnya siasat dahulu setiap berita yang dibaca sebelum bertindak agresif.

Ekoran komen yang dikatakan menggangu dan mengancam keselamatanya itu, Esther telah membuat laporan kepada pihak polis serta SKMM bahawa dia tidak pernah memuat naik status tersebut.

Justeru, Esther memohon supaya dia dan keluarga tidak diganggu lagi.

Hina islam 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.