Ahli Parlimen PAS Derhaka Kepada Sultan Selangor

Kuala Lumpur – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari mendakwa ahli Parlimen PAS menderhaka kepada Sultan Selangor kerana mahu kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihadkan.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan ahli Parlimen PAS berkenaan mencemarkan kesucian agama Islam kerana mereka seharusnya melakukan perkara sebaliknya.

“Apabila lima ahli Parlimen PAS mahu kuasa Mais dihapuskan, ia jelas satu kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai menderhaka kepada raja.

“Dengan membuat kenyataan terbuka dianggap satu tindakan tidak sopan dan ia pula dilakukan ahli Parlimen PAS yang partinya mendakwa memperjuangkan Islam,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, pemimpin PAS mahu kerajaan negeri Selangor menghapuskan kuasa eksekutif yang dimiliki Mais dalam menguatkuasakan hal ehwal agama Islam di negeri itu.

Desakan itu dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang kecewa dengan tindakan Mais tidak mahu memulangkan Bible yang dirampas walaupun diarahkan.

“Kami ahli Parlimen PAS mengharapkan agar kerajaan Selangor kaji balik persoalan peranan dan kuasa yang ada pada Mais dan kembali kepada dasar kerajaan atau raja berperlembagaan,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.