Landasan kereta api sering kali menjadi salah satu tempat untuk orang awam membuat pelbagai ‘aktiviti’ seperti bergambar, melihat kereta api lebih dekat dan ‘cubaan’ melintasi landasan kereta api yang merentasi laluan sungai.
Terbaharu, tular satu video di platform TikTok menunjukkan pemandu kereta api merakam ‘realiti’ yang mereka hadapi semasa memandu kereta api. Dapat dilihat beberapa orang berada berhampiran landasan kereta api tanpa ada rasa sedikit gerun pun.

SUMBER GAMBAR: TIKTOK BESTBRO72
Menurut pemilik hantaran video ini, rata-rata orang ramai yang bergambar di landasan kereta api itu telah menceroboh masuk kawasan itu tanpa sebarang kebenaran yang sah.
Rata-rata pengguna TikTok yang tahu mengenai lokasi landasan kereta api tersebut menyatakan ia memang telah menjadi tempat ‘pilihan’ influencer-influencer bergambar OOTD untuk media sosial mereka.

SUMBER GAMBAR: TIKTOK BESTBRO72

SUMBER GAMBAR: TIKTOK BESTBRO72

SUMBER GAMBAR: TIKTOK BESTBRO72

SUMBER GAMBAR: TIKTOK BESTBRO72

SUMBER GAMBAR: TIKTOK BESTBRO72
Ada juga pengguna TikTok yang cuba memberikan ‘peringatan’ kepada pemandu kereta api supaya memperlahankan kenderaan apabila melintasi di lokasi orang ramai bergambar di landasan tersebut.
Namun, pemilik hantaran video itu membidas semula dengan mengatakan landasan kereta api merupakan kawasan larangan dan orang awam tidak boleh sesuka hati masuk ke kawasan tersebut.
Jika orang awam masuk untuk mengambil gambar tanpa kebenaran, ia dikategorikan sebagai menceroboh dan boleh didakwa di mahkamah.
The Vocket