Video: Tarik Mejar Kehormat, Haramkan Filem David Teo! – Ali Tinju

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia, Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju mengecam tindakan penerbit terkenal, David Teo yang bertindak biadap di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersempena program TN50 malam tadi.

Beliau menggesa agar kerajaan memberikan tekanan kepada David termasuk mengharamkan filem-filem terbitannya.

Ali turut mendesak Kementerian Pertahanan menarik semula penghargaan yang berikan kepada David iaitu pangkat ‘Mejar kehormat’.

Bagi tujuan itu, satu memorandum akan dihantar kepada kementerian terbabit dan satu memorandum khas akan diserahkan kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk tarik balik gelaran Mejar Kehormat tersebut. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.