Video: David Teoh Terima Upah Buat Provokasi? -Ali Tinju

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Pembelan Nasib Melayu Malaysia,Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju mendakwa tindakan penerbit terkenal, David Teo bertindak biadap di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersempena program TN50 sebagai suatu yang meragukan.

Beliau mendakwa mungkin pembangkang di sebalik kehadiran David Teo malam tadi.

“Saya lihat isu kejadian malam tadi, saya ingin mempertikaikan kehadiran David Teoh seolah-olah upahan oleh pemimpin tidak bertanggungjawap seperti mahathir.

“Pemimpin terdahulu cuba bayar David Teoh untuk kacau program yang amat baik ini.

“Cara ini amatlah biadap terhadap PM,” ujarnya selepas membuat laporan polis di IPd Wangsa Maju, tadi.

Sehubungan itu beliau mengesa polis menjalankan siasatan ke atas David.

“Lakukan siasatan khas terhadap beliau, untuk siasat dengan lebih terperinci,” ujarnya.

Beliau juga turut mengesa agar tekanan diberikan kepada David termasuk memboikot filem-filem terbitannya sebagai pengajaran kepadanya.

“Inilah yang saya minta kepada pihak berkuasa untuk mengharamkan filem yg dibuat oleh beliau.

“Pihak berkuasa beri tekanan kepada David Teo sehingga dia boleh bertaubat, katanya lagi.

Ali turut mendesak Kementerian Pertahanan menarik semula penghargaan yang berikan kepada David iaitu pangkat ‘Mejar kehormat’. Bagi tujuan itu, satu memorandum akan dihantar kepada kementerian terbabit.

“Saya akan hantar satu memorandum khas kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk tarik balik ‘title’ mejar terhormat tersebut,” katanya. Semalam berlaku kekecohan apabila David Teo ditampar oleh Mat Over ketika program TN50 bersama Perdana Menteri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.