Telan Belon Berisi Cecair, Dapat Kurangkan Berat Badan

PARIS – Mengurangkan berat badan dengan menelan belon didapati lebih selamat dan berkesan dalam satu ujian awal berbanding kaedah pembedahan.

Menurut Reuters, satu penemuan yang diumumkan ketika persidangan perubatan hari ini, belon yang dikenali sebagai intragastrik (silikon berisi cecair garam) digunakan sejak beberapa dekad untuk membantu golongan obes mengurangkan berat sebanyak beberapa kilogram, lapor BH.

Belon dipenuhi dengan air bertujuan untuk mengurangkan rasa lapar dan memudahkan diet dengan membangkitkan rasa kenyang.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, ia hanya boleh dimasukkan ke dalam perut melalui pembedahan, prosedur yang memerlukan kos yang tinggi membabitkan ubat bius.

Penyelidik perubatan di Universiti Sapieza di Rom, Roberta Ienca mengetuai percubaan perubatan dengan menguji 42 pesakit obes – 29 lelaki dan 13 wanita – menelan belon sebelum ia diisi dengan cecair.

“Kateter dimasukkan bersama dengan belon yang dilipat ke dalam kapsul,” kata Ienca kepada AFP.

Seorang doktor perlu memenuhkan belon menggunakan satu tiub kecil yang kemudian ditarik keluar melalui mulut.

“Proses ini mengambil masa hanya beberapa saat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.