Taylor Swift Temui Cinta Baharu

LOS ANGELES – Selepas hanya beberapa bulan berpisah dengan aktor Tom Hiddleton, penyanyi pop terkenal, Taylor Swift sudah menemukan pasangan baharu dalam hidupnya.

Menurut Mail Online, Swift, 27, dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon Britain, Joe Alwyn, 26, sejak tiga bulan lalu.

Seorang sumber da­lam bidang hiburan, hubu­ngan antara Swift dan Alwyn di tahap serius tetapi selepas apa yang berlaku sebelum ini bersama Hiddleston, Swift mengambil pendekatan untuk merahsiakan percintaannya bersama Alwyn, lapor Utusan.

Swift dilaporkan banyak menghabiskan masanya bersama Alwyn di London namun sering menyembunyikan diri sekiranya mereka keluar bersama-sama bagi mengelakkan hubungan dihidu oleh orang ramai.

Sementara itu, Swift juga pernah menyewa sebuah ru­mah di North London dan Alwyn sering dilihat mengunjungi kediaman penyanyi itu.

Bagi mengelakkan dirinya dikesan, Swift juga sanggup menggunakan jet peribadi untuk berulang alik dari Amerika Syarikat (AS) ke Britain sepanjang tempoh hubu­ngannya dengan Alwyn.

Alywn merupa­kan lelaki pertama yang dikaitkan dengan Swift sejak penyanyi itu berpisah dengan Hiddleston.

Swift sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan penyanyi kumpulan One Direction, Harry Styles dan deejay Calvin Harris.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.