Cadang Agar Pemimpin Isytihar Harta Pada SPRM

SHAH ALAM – Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar mencadangkan agar kepimpinan tertinggi negara mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, perkara itu perlu dalam memastikan rakyat kembali percaya pada pemimpin negara.

“Untuk peringkat pertama, Perdana Menteri hendaklah mengisytiharkan harta kepada SPRM, selain itu, Ketua Polis Negara (IGP), Peguam Negara, Ketua Hakim Negara dan ketua-ketua jabatan juga harus berbuat demikian.

“Namun begitu, Ketua Pengarah SPRM dan Pesuruhjayamnya pula hendaklah mengsiytiharkan harta mereka pada Parlimen, kemudian untuk peringkat kedua pula, minta ahli-ahli politik isytihar harta mereka menerusi ‘online’,” katanya ketika Wacana Sinar Harian Siri ke-46 ‘Rasuah dan Penyelewengan: Di Mana Maruah Kita’ di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Tambah Akhtar lagi, beliau mendakwa pemimpin haruslah bersifat telus dengan rakyat.

“Pemimpin hendaklah bersikap telus dengan rakyat, tunjukkan contoh yang baik pada mereka supaya rakyat lebih percaya seterusnya membuatkan keadan negara lebih baik.

“Dengan keadaan sekarang ini, maruah kita jatuh di tangga kebawah dan ramai orang dari negara lain memandang rendah pada Malaysia, justeru, kita haruslah memilih pemimpin yang betul, yang mengikut jejak langkah yang betul,” katanya lagi.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.