‘Ya Allah Tamaknya Manusia’

Oleh: Zulkifli Mat Rawi

 

 

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna laman Facebook meluahkan rasa sedih dan terkilan terhadap sikap tamak manusia yang memusnahkan hutan secara membabi buta sehingga menyebabkan paras air di Sungai Tembeling dan Sungai Pahang menjadi cetek.

 

Menurut bekas wartawan jenayah, Syahirl A. Kadir itu, kemusnahan hutan itu disebabkan oleh pembalakan dan pembukaan hutan yang tidak terkawal bagi tujuan perladangan.

 

“Rupanya kejadian air sungai cetek khususnya Sungai Tembeling dan Sungai Pahang berlaku sekarang bukan semata-mata berpunca dari fenomena El-nino atau kemarau panjang.

 

“Sebaliknya ia juga berpunca daripada pembalakan dan pembukaan hutan bagi tujuan perladangan yang tidak terkawal di kawasab hutan tadahahan air semula jadi bagi sungai-sungai di Ulu Tembeling” katanya ketika muatnaik status di Facebook semalam.

 

Tambah beliau lagi, ia bukan hanya dakwaan, tetapi beberapa wakil NGO telah membuat tinjauan bagi isu ini.

 

“Ia bukan setakat sembang kedai kopi atau dakwaan merapu, sebaliknya ia hasil tinjauan 12 wakil daripada beberapa NGO baru-baru ini termasuk PEKA, Persatuan Pencita Alam Malaysia (MNS), Yayasan Salam Malaysia dan Sahabat Alam.

 

“Kautlah…sapulah…rembatlah…jangan sampai bumi pun tak terima bila kau mati nanti!,”ujarnya lagi

 

Menurut laporan dari Astro Awani, pembalakan ini membabitkan kawasan hutan tadahan air semulajadi bagi Ulu Sungai Tembeling dan semua anak-anak sungainya termasuk Sungai Kembir, Sungai Kanchin, Sungai Pengau, Sungai Sepia, Sungai Neriak, Sungai Lempah dan Sungai Tekai serta kawasan sekitar Sekitar Gunung Dulang.

 

Syaril turut meminta mereka yang bertanggungjawab untuk segera bertaubat sambil menyifatkan penduduk yang terkesan disebabkan tindakan sebagai mangsa yang dianiaya.

 

“Ingat doa mereka yg teraniaya, doa mereka yg takde air nak bersolat…doa ahli keluarga yg mengalami kesukaran memandikan jenazah waris mereka, .

 

“(Serta) doa anak kecil yg dahaga kerana air di rumah keruh, doa orang ramai yg mengalami kepayahan untuk berak dan membersihkan diri dan doa orang Asli yang hilang tanah warisan leluhur mereka…semua itu tiada hijab!,” bidasnya lagi.

 

Sementara itu tinjauan yang dilakukan mendapati rata-rata penguna media sosial terkejut dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang memusnahkan sumber hutan itu.

 

Mereka turut mengesa pihak berkuasa segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan bagi mengheret mereka yang bersalah ke muka pengadilan. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.