Polis Telah Soal Siasat Lelaki Panah ‘Anjing’

Pihak polis telah menyoal siasat lelaki yang mencederakan seekor anjing dengan dua anak panah di Taman Sinaran, Taming Jaya pada Rabu lepas.

Menurut seorang Pegawai Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang yang enggan dikenali, mereka menerima arahan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk menyiasat insiden itu.

Pegawai itu juga enggan memberikan sebarang kenyataan berkenaan sebab lelaki itu disiasat sama ada kerana memiliki peralatan memanah, anak panah atau mendera haiwan.

“Kita tidak boleh mendedahkan apa-apa pada masa ini kerana kes itu sedang disiasat,” kata pegawai polis itu menurut laporan Mstar Online.

Lelaki itu telah memanah dan mencederakan anjing yang berada di pintu pagar rumahnya dan enggan berdedar dan satu anak panah mengenai bahagian kaki depan manakala satu lagi di bahagian belakang.

Pencinta haiwan bergegas membawa anjing itu ke klinik veterinar di mana ia menerima rawatan awal bagaimanapun ia telah mati seperti dilaporkan laman web The Star kelmarin.

Anjing itu dianggarkan berusia kira-kira 12 tahun dan juga separuh buta serta diberikan nama Brianna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.