Lepas PRK, Calon DAP Mahu Kempen Cari Bini

Penang – Ramkarpal Singh mengejutkan orang ramai dalam satu acara makan malam pada malam tadi apabila beliau secara berseloroh berkata bahawa mungkin, selepas pilihan raya kecil Bukit Gelugor, Wanita DAP boleh membantu beliau mencari seorang wanita.

“Saya bujang. Mungkin, selepas (pilihan raya kecil) Bukit Gelugor, kempen saya seterusnya adalah untuk mencari wanita yang menyokong seorang lelaki,” katanya sambil diiringi sorakan hadirin dalam majlis makan malam ‘kesaksamaan jantina, kemajuan untuk semua’ anjuran Wanita DAP di Pulau Pinang malam tadi.

“Saya percaya, di belakang mana-mana lelaki atau seorang lelaki yang hebat, ada seorang wanita yang lebih hebat,” katanya disambut dengan tepukan kira-kira 800 hadirin di Dewan Han Chiang College.

Majlis tersebut merupakan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan wanita dalam DAP yang menyokong kempen untuk Ramkarpal.

Ramkarpal mencabar Huan Cheng Guan Parti Cinta Malaysia dan dua calon bebas. – Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.