Juara Fear Factor, Erin Malik Bercinta Dengan Jejaka Dari Laman Instagram

Selepas menjuarai program realiti lasak Fear Factor musim kedua, nama Nur Arina Abdul Malek, 20, atau Erin Malek semakin meningkat naik sejak kebelakangan ini.

Selain daripada perkembangan seni terbaharunya, pelakon yang mula dikenali ketika membintangi filem Tentang Bulan ini turut tidak terkecuali ditanyakan tentang hubungan cintanya dengan seorang jejaka yang juga merupakan anak kepada pengusaha kenderaan terkenal.

Erin mengakui dirinya sedang hangat bercinta dengan jejaka tersebut yang dikenali menerusi laman Instagram sejak empat bulan lalu.

“Saya memang sedang mengenali seorang lelaki dan saya hanya boleh beritahu nama ‘F’. Kami dah kenal sejak empat bulan lalu.

“Dari segi jarak umur kami berbeza 10 tahun dan dia berusia 30 tahun. Bagi saya bila kita mengenali dengan orang yang lebih berusia daripada kita, fikiran mereka lebih matang dan dalam masa yang sama dia juga sentiasa beri sokongan pada saya,” katanya memetik portal Murai.

Menurut Erin lagi, sikap penyayang dan romantik yang dimiliki F telah menarik hatinya untuk berhubungan dengan jejaka tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.