ISMA, Bertindak Bila Biadap

Kuala Lumpur – Orang Melayu Islam tidak akan bertindak balas, sekiranya bangsa lain tidak membuat tindakan yang mengguris hati mereka.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, kenyataan yang dibuat oleh kaum Melayu hanya untuk mempertahankan diri daripada sikap ketaksuban bangsa lain.

Menurut Aminuddin, bangsa lain terlebih dahulu bertindak biadap sehingga cuba mencabar perlembagaan negara, seperti menggunakan slogan ‘Malaysian Malaysia’ yang jelas menggugat Fasa 153 Perlembagaan Persekutuan, iaitu hak keistimewaan orang Melayu dan menidakkan Perkara 3 yang mengatakan Islam adalah agama rasmi.

“Ini cubaan halus untuk menghapuskan identiti bangsa Melayu dengan bertopengkan slogan keadilan dan hak sama rata.

“Saya boleh senaraikan banyak lagi tindakan bangsa lain yang chaunvinis ini, yang telah mengguriskan hati orang Melayu selama bertahun-tahun, tetapi orang Melayu hadapi dengan penuh kesabaran dami menjaga keharmonian kaum.

“Adakah satu kalimah sekadar mempertahankan diri boleh dianggap rasis dan menghasut? Adakah adil mereka dibiarkan mengguris hati orang Melayu Islam saban hari saban malam, sedangkan orang Melayu Islam tidak boleh berbuat apa-apa?” katanya menerusi laman web NGO Islam itu.

Presiden Isma, Abdullah Zaik, sebelum ini mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan mendakwa orang Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah “penceroboh” dan mempersoalkan kerakyatan serta kekayaan yang diberikan kepada mereka.

“Siapa yang memberikan mereka kewarganegaraan dan kekayaan, sehingga keputusan menceroboh mereka dilindungi sehingga hari ini?

“Ini semua perlakuan British yang berada dalam kumpulan sama dengan China untuk menindas dan membuli orang Melayu,” katanya yang kini disiasat Polis Diraja Malaysia di bawah Akta Hasutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.