Adun Klawang Patah Lima Tulang Rusuk

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Datuk Yunus Rahmat dilaporkan patah lima tulang rusuk kanan akibat terjatuh ke dalam longkang di Ampangan, Seremban pada Sabtu.

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.45 petang itu, Yunus, 59, berada di kawasan berkenaan untuk ke kedai gunting rambut sebelum terjatuh.

Beliau kemudiannya diangkat oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Pakar KPJ Seremban.

Pembantunya, Suhaily Mohd Hashim berkata, doktor mengesahkan keadaan beliau stabil dan memerlukan rawatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.