Pengarah Biro Pilihan Raya PAN Selangor Letak Jawatan

Pengarah Biro Pilihan Raya parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Jaafar Samsuddin atau Cikgu Jaafar meletakkan jawatannya berkuatkuasa hari ini katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Surat peletakan jawatan secara rasmi bertarikh 18 April 2018 itu sudah dihantar ke ibu pejabat Negeri parti itu di Shah Alam.

Beliau berkata, keputusan untuk meletakkan semua jawatan di dalam parti dan tidak lagi sebagai ahli PAN hari ini, kerana berasa suaranya tidak didengari dan usahanya tidak dihargai dikalangan pimpinan negeri dan di peringkat nasional parti.

“Saya merasakan adanya saya dalam parti tidak lagi mendatangkan kebaikan untuk parti. Suara saya tidak lagi didengari pimpinan.

“Saya mendengar banyak perkara yang menceritakan keburukan saya, seolah-olah apa yang saya lakukan tidak bagus.

“Saya berasa malu sebagai seorang yang memegang jawatan di negeri diperlakukan sedemikian,” katanya.

Sebelum ini, Jaafar,62, memegang beberapa jawatan dalam parti antaranya, Ahli Jawatankuasa Biro Pilihan Raya Amananah Negara dan Ketua Amanah Kawasan Kota Raja sejak beliau menyertai AMANAH pada 2016 selepas parti serpihan Pas itu ditubuhkan.

Sebelum menyertai AMANAH beliau adalah ahli Pas sejak 1998 dan jawatan terakhir disandangnya dalam Pas sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Selangor dari 2002 hingga 2015.

Sebelum menyertai Pas, Jaafar adalah ahli Semangat 46 dan pernah menjadi Ketua Pemuda Semangat 46 Negeri Selangor dan ketika berada di dalam Umno, beliau adalah pegawai di pejabat bekas menteri besar Selangor Allahyarham Datuk Seri Harun Idris.

Justeru katanya, setelah 36 tahun berkecimpung dalam politik dengan krisis dalaman diri beliau dengan pimpinan parti itu di Selangor sekali gus mengundurkan diri dengan meletakkan jawatan.

Ditanya sama ada beliau kecewa namanya tidak dicalonkan di Kota Raja pada pilihan raya umum akan datang, beliau menafikannya.

“Nama saya diletakkan di Dun Meru dan Parlimen Kota Raja tetapi ada pihak yang tidak senang dengan saya. Sejujurnya saya tidak kisah siapapun yang terpilih.

“Cuma saya rasa seolah-olah apa yang saya lakukan selama ini untuk parti tidak dihargai dikalangan pimpinan negeri.

“Saya sudah lama berfikir (untuk buat keputusan) dengan harapan memberi ruang kepada kepimpinan menghargai saya tetapi sebaliknya ia tidak berlaku, lebih baik saya mengundur diri.

‘Buat masa ini saya memikirkan lebih baik saya bersara daripada politik dan berehat,” akhirinya yang akan memberikan lebih tumpuan kepada kerja dakwah dan bersama keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.