Wanita Mengamuk, Serang Kanak-Kanak Terpijak Kaki Anak

Terlanjur pijak kaki anak lelakinya, seorang wanita gagal mengawal kemarahan dan menyerang seorang kanak-kanak perempuan.

Menurut Shaghaiist kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Hangzhou, China dan disaksikan oleh pengunjung, lapor AstroGempak.

Perkongsian video yang menjadi viral di Internet itu menyaksikan wanita terbabit terjerit-jerit cuba menyerang seorang kanak-kanak perempuan dan dileraikan oleh suami wanita berkenaan.

Kanak-kanak perempuan itu dipercayai telah terpijak kaki anak lelakinya ketika sedang bermain di pusat hiburan kanak-kanak.

Kemudiannya, wanita terbabit memaksa kanak-kanak perempuan itu memohon maaf sehingga menyebabkan kanak-kanak terbabit melarikan diri dan memeluk ibunya tanpa mengucapkan sepatah kata.

Ibu kepada kanak-kanak perempuan itu meminta maaf namun wanita terbabit belum berpuas hati dan meninggikan suara hingga anak-anak mereka menangis.

Kejadian lebih buruk apabila wanita itu mula menyerang seorang wanita lain.

Tindakan ekstrem wanita itu dikecam netizen yang menyifatkan perbuatannya tidak masuk akal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!