Jangan Terpedaya Tawaran Diskaun Bil Elektrik

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai tidak mudah terpedaya dengan penipuan tawaran diskaun pembayaran bil elektrik tertunggak.

Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian TNB, Ir. Kamaliah Abdul Kadir berkata, TNB tidak pernah melantik ejen persendirian menguruskan pembayaran bil.

“Masih ada pengguna yang mudah terpengaruh dengan taktik pihak ini.

“Kami ada menerima aduan pengguna tertipu dengan tawaran diskaun bil sehingga 45 peratus. Kami tidak menawarkan diskaun untuk bil tertunggak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kamaliah berkata, TNB menyediakan pelbagai saluran pembayaran bagi memudahkan pengguna termasuk secara dalam talian.

Katanya, pengguna yang mempunyai tunggakan bil elektrik setelah tamat tempoh kreditakan dihubungi Ejen Kutipan bil TNB.

Namun, pengguna tidak akan diminta membuat bayaran terus kepada ejen berkenaan.

Menurut Kamaliah, Ejen Kutipan bil elektrik TNB yang sah hanya menerima pembayaran dalam bentuk tunai dan debit terus kad kredit, akaun simpanan atau akaun semasa.

“Ejen Kutipan TNB juga tidak menerima sebarang pembayaran melalui cek, deraf bank,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.