Perkhidmatan Tergendala, Penumpang Desak KTM Mohon Maaf

PETALING JAYA – Seorang pengguna KTM meluahkan kekecewaan dengan perhidmatan awam itu yang tidak pernah berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan walaupun telah menaikkan kadar tambang 30 peratus.

 

Rishwin Singh Sinda menerusi status Facebook meluahkan tidak puas hati itu apabila perkhidmatan KTM sekali lagi mengalami gangguan pagi ini, menyebabkan dia dan ribuan penumpang lain lewat ke tempat kerja.

 

Lebih mengecewakan katanya, KTM hanya mampu meminta maaf apabila dia bertanyakan apakah masalah yang berlaku, selepas lebih sejam dia dan penumpang lain terkandas di Stesen KTM Kepong.

 

“Siapakah yang perlu bertanggungjawab? Ribuan penumpang berada dalam gerabak dan ribuan lain sedang menunggu. kami semua lewat ke tempat kerja,siapakah perlu bertanggungjawab?

 

“Mereka hanya boleh meminta maaf tetapi majikan kami tidak akan faham ‘maaf’ jika saya lewat ke tempat kerja.

 

“Seorang wanita menangis, kenapa? sebab dia lewat untuk menghadiri peperik saan. Siapakah yang perlu bertanggungjawab jika dia gagal menduduki peperiksaan ? Ini bukan kali pertama saya lalui kejadian seperti tetapi cukup cukuplah,” tulisnya.

 

Katanya, tiada siapa mempersoalkan KTM menaikkan harga tiket naik 30 peratus jika mutu perkhidmatan diberikan bertambah baik.

 

Sehubungan itu, Rishwin mendesak KTM meminta maaf kepada semua penumpang yang lewat ke tempat menerusi Facebook, Twitter, laman web rasmi dan apa sahaja saluran yang ada.

 

“Minta maaf kepada kami yang menggunakan perkhidmatan KTM setiap hari,” katanya yang menggunakan #makeitviral. – FMT

One thought on “Perkhidmatan Tergendala, Penumpang Desak KTM Mohon Maaf

  • April 19, 2016 at 11:29 am
    Permalink

    anak saya pun lewat utk membuat presentation LI di PUO ipoh. dia beli tiket pkl 7 dr klsentral. tren hanya bergerak dr klsentral pkl 7.40. sepatutnya dia boleh sampai ipoh pkl 9.20. dia dijadualkan buat presentation pkl 10.30. tp smpi ipoh pkl 11. telepon lecturer, nasib baik faham..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.