Penemuan Bom Di Kondominium Tiada Kaitan Dengan Militan IS – KPN

PETALING JAYA – Penemuan bom buatan sendiri di sebuah kondominium di Damansara Perdana awal pagi Ahad tiada kaitan dengan pengganas Daish (Militan IS).

 

Sebaliknya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan siasatan mendapati bom tersebut melibatkan jenayah individu dan bukan untuk tujuan keganasan.

 

Beliau sekali gus mengulangi jaminan keadaan keselamatan masih terkawal.

 

Polis juga masih memburu dua suspek yang dipercayai menghasilkan sendiri bom berkenaan.

 

Dalam kejadian awal pagi Ahad, polis menemukan tujuh butir bom buatan sendiri dan dadah syabu serta cecair ecstacy di unit terbabit ketika serbuan ke atas sebuah kondominium di Damansara Perdana.

 

Bom berkenaan kemudian dimusnahkan unit pemusnah bom.

 

Kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Dadah Berbahaya 1952. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.