Pelajar UTeM Peluk Islam Ketika Ceramah Dr. Zakir Naik Di Melaka

MELAKA  – Seorang pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melafazkan dua kalimah syahadah setelah yakin dengan jawapan diberikan Dr. Zakir Naik sempena syarahan umum penceramah antarabangsa itu di universiti berkenaan, di sini malam tadi.

 

Pelajar Kejuruteraan Elektrik Komunikasi UTeM, Senkiran Dharma, 24, yang merupakan penganut Hindu diislamkan Zakir di hadapan 20,000 hadirin selepas berpuas hati dengan jawapan diterimanya berkaitan kebenaran Islam.

 

Senkiran ketika ditemui pemberita berkata, dia telah mengkaji dan mendalami Islam sejak tiga tahun lalu setelah saudara kembarnya memeluk agama itu dan mula tertarik untuk lebih memahaminya.

 

Bagaimanapun katanya, tindakannya itu tidak didesak oleh sesiapa sebaliknya atas pilihan serta keyakinannya sendiri terhadap keagungan Islam.

 

Pada akhir soalannya itu, Dr. Zakir bertanya kepada Senkiran adakah dia meyakini bahawa Allah itu satu dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

 

Senkiran dengan yakin menjawab bahawa dia sangat yakin Allah itu satu dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah sebelum mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh dewan.

 

Zakir kemudiannya meminta kebenaran untuk memimpin Senkiran mengucapkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.