Video: Api Keluar Dari Jirat Cina Di Kluang?

Kuala Lumpur – Sebuah rakaman yang memaparkan perkuburan cina yang terbakar tersebar di media-media sosial sejak petang tadi.

 

“Allahuakhbar, jirat cina di batu 4 Jalan Kluang Batu Pahat, Johor, api membuak-buak manakala api marak keluar dari jirat.

 

“Semua yang ada ditempat kejadian buntu dari mana datangnya api dan air tersebut. Sesungguhnya segalanya atas kehendak Allah swt..Nauzubillah,” menurut kenyataan yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp itu.

 

Namun tidak dapat dipastikan bila kejadian yang dikatakan itu berlaku.

 

Melalui rakaman berdurasi 0:22 saat itu api yang marak itu turut memusnahkan kawasan sekitar perkuburan cina itu.

 

Walau bagaimanapun penduduk setempat yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut.

 

Menurutnya tidak sebarang makluman yang diterima berhubung kejadian tersebut.

 

 

 

 

LAPORAN LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.