Orang Ramai Puji Tindakan Stacey Pertahan Pasangan Muslim

“Hormatlah sikit… Jika kamu semua tiada perkara baik yang hendak dikatakan, lebih baik diam saja. Mudah.”

 

Itulah kata-kata Stacey Eden di dalam rakaman telefon bimbitnya selepas lebih sepuluh minit satu pasangan Muslim dihina dan dicerca di dalam kereta api di Sydney pada Rabu lalu.

 

Stacey bertindak mempertahankan mereka selepas seorang wanita dengan kerasnya menyalahkan pasangan itu serta mempersoalkan Islam dengan peperangan yang sedang berlaku di Syria dan Kenya.

 

 

Stacey di dalam status Facebook (FB) yang dimuat naik bersama video ini berkata: “Orang-orang seperti ini membuat saya geram… Dia menyebut beberapa perkara yang cukup menyakitkan hati sebelum saya menentang dan melawan katanya. Sebaik saya mempertahankan mereka (pasangan Muslim), dia terus diam.”

 

Video yang dimuat naik Stacey itu mendapat lebih 400,000 tontonan dan ribuan komen membanjiri ruangan video tersebut.

 

Antara komen yang mendapat sambutan:

 

“Wow. Terima kasih kerana mempertahankan agama kami,” kata Rawa Homsi.

 

“Penghormatan kepada kamu kerana mempertahankan pasangan itu sedangkan beberapa penumpang lain di dalam kereta api itu ‘membutakan’ mata mereka,” kata Mariah Armani.

 

Lagi komen pengguna FB, Fatima Krayen berkata: “Masih wujud manusia yang baik hati serta sanggup mempertahankan yang lain. Penghormatan atas tindakan kamu.”

 

Stacey sangat terkejut dan terharu dengan tindak balas pengguna Internet terhadap video yang dimuat naiknya.

 

“Secara jujurnya, air mata saya mengalir selepas membaca komen serta mesej yang saya terima.

 

“Saya sungguh tak sangka usaha kecil saya menjadi sesuatu yang amat penting buat mereka di luar sana,” katanya. – Agensi/HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.