Douglas Lim Samakan GST Dengan ‘Bersunat’

Kuala Lumpur – Persembahan komedi Lawak Ke Der 2015 telah mengegarkan Istana Budaya dengan pertaruhan dua barisan pelawak baru iaitu kumpulan Bocey dan Reyza Mukmin.

 

Kesempatan penulis menonton Lawak Ke Der 2015 digunakan sebaiknya untuk merasai sendiri kehebatan pementasan tersebut.

 

Bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, ternyata persembahan Reyza Mukmin, Bocey, Douglas Lim, Afdlin Shauki dan Harith Iskander ternyata tidak mengecewakan.

 

Tidak ada satu momen ‘senyap’ pun sepanjang pementasan itu berlangsung. Lawak mereka membuatkan penonton ketawa tidak kering gusi.

 

lawak ker der 2015Mengejutkan, pentas Lawak Ke Der 2015 pada malam Khamis membuka tirai dengan persembahan mantap pelakon Sherry Al Hadad yang menari lagu ‘Who Run the World’ oleh Beyonce.

 

Ternyata kepercayaan yang diberikan oleh penerbit Lawak Ke Der, Hans Isaac berbaloi apabila Sherry selaku pengacara berjaya menawan hati penonton dengan gelagatnya yang bersahaja.

 

Penampilan pertama Reyza Mukmin yng dicungkil bakatnya menerusi YouTube oleh Hans Isaac juga nyata tidak mengecewakan.

 

Kumpulan Bocey walaupun pertama kali menyertai Lawak Ke Der, ‘kuasa’ kumpulan tersebut masih lagi berbisa apabila mereka dengan gaya bersahaja membawakan lawak orang kampung yang kebanyakkan aksinya lebih ‘rilex’.

 

Sesekali terlihat Achey, Fad dan Abam menahan ketawa apabila kata-kata yang dikeluarkan semasa persembahan tersebut adalah secara spontan.

 

Selain Bocey, persembahan yang ditunggu-tunggu oleh pelawak berbangsa Cina iaitu Douglas Lim sememangnya tidak pernah mengecewakan.

 

Memilih isu semasa sebagai bahan lawaknya, Douglas Lim menggunakan lawak GST sebagai permulaan dan antara ayat yang masih diingati oleh penonton hingga ke hari ini ialah ‘GST umpama sunat, sakitnya hanya sekejap, lama-lama akan biasa’.

 

Douglas pandai ‘menangkap’ tumpuan peminat untuk melihat persembahannya dan jujur penulis katanya Douglas adalah antara yang terbaik pada malam itu.

 

Antara ayat yang ditutur oleh Douglas yang masih penulis ingat ialah: “Aduh sakitnya hati, umpama hati pun disunat” dan “Ingatlah GST itu sakitnya pun seperti bersunat” telah mengundang gelak tawa penonton.

 

Selain GST, Douglas juga ‘menggunakan’ pelawak Nabil Ahmad sebagai mangsa persembahannya.

 

Sementara itu, pelawai otai Afdlin Shauki muncul di pentas dengan membawakan lawak keistimewaan menjadi seorang yang berbadan besar.

 

Tidak ketinggalan juga, dia turut menyentuh tentang teguran perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan Kevin Zahri yang sebelum ini menegur Abam (Bocey) berhubung ungkapan ‘Gemuk Is Awesome).

 

Kemunculan Harith Iskander sebagai pelawak akhir Lawak Ke Der juga tidak kurang hebatnya apabila dia menyentuh tentang kegilaan masyarakat sekarang menggunakan Waze dan Instagram.

 

Harith juga memerli pengikut Instagram yang memberikan komen tidak sepatutnya di foto-foto yang tidak berkaitan untuk menjual produk mereka.

 

Detik paling menyedihkan tiba apabila satu segmen tribute khas buat Allahyarham Harun Salim Bachik ditayangkan bagi memperingati jasa dan pengorbananannya dalam industri tanah air.

 

Secara keseluruhannya, pementasan Lawak Ke Der 2015 ini sememangnya terbaik dan wajib ditonton oleh seisi keluarga.

 

Lawak Ke Der 2015 masih boleh ditonton di Istana Budaya sehingga 19 April ini. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.