Bonda Sultan Johor Mangkat Malam Tadi

KUALA LUMPUR – Bonda Sultan Johor, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad, mangkat malam tadi.

Almarhum Tengku Puan Zanariah, 79, ialah Raja Permaisuri Agong yang kelapan ketika Almarhum Sultan Iskandar Ismail memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 1984 hingga 1989.

Almarhum yang pernah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diputerikan pada 5 Julai 1940 di Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan.

Almarhum Tengku Puan Zanariah mendapat didikan formal di Sekolah Sultanah Zainab, Kelantan pada 1946 dan melanjutkan pelajaran di Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur dari 1950 hingga 1952.

“Al-Fatihah, Almarhum YAM Tengku Puan Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad, bonda Sultan Johor.

“Sesungguh kami adalah milik Allah dan kepadanya kami kembali,” tulis status Facebook The Royal Johor memaklumkan berita sedih itu pagi ini. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.