5 Mayat Kanak-Kanak Mati Lemas Dibawa Arus Sungai Ditemui

Lima kanak-kanak mati lemas selepas dibawa arus sungai Sekolah Kebangsaan Cina (SKC), Bukit Beruntung lewat petang semalam.

Sehingga tengah malam tadi, dua lagi masih hilang. Bagaimanapun, seorang daripada mereka terselamat.

Sementara itu, Bernama melaporkan Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya dimaklumkan kanak-kanak yang terselamat itu bahawa dan dan rakan-rakannya yang lain telah pergi untuk melihat ikan di sungai SKC berhampiran kelab golf Bukit Beruntung.

“Kanak-kanak itu beritahu kami bahawa mereka berada di sana untuk melihat ikan di sungai itu sebelum tujuh daripada mereka dihanyutkan arus sungai itu,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Mohd Sani berkata pasukan penyelamat menemui dua mangsa – Shahrizat Abdullah, 12, dan adiknya Shahrizwan, 10 – yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi mayat kanak-kanak yang hilang selepas dibawa arus Sungai Sekolah Kebangsaan Cina (SKC), Bukit Beruntung lewat petang semalam, ditemui kira-kira jam 10 malam tadi.

Kedua-dua mangsa dikenali Mohd Ikhwan Mohd Ridhuan, 10, dan Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12.

Mohd Sani berkata berkata mayat Mohd Ikhwan ditemui pada jam 9.47 malam, manakala Mohd Aiman pula pada 10 malam ini.

“Mayat kedua-duanya ditemui berdekatan antara satu sama lain dan kami berharap tiga lagi mangsa yang masih hilang dapat ditemui,” katanya.
Manakala Utusan Online melaporkan mayat kanak-kanak kelima – Amirul Hakimi Khairul Amru, 9 – ditemukan kira-kira 1 kilometer dari tempat dua rakannya ditemukan.

Mangsa kelima ini ditemukan pasukan penyelamat pada pukul 12.20 malam tadi.

Manakala operasi mencari tiga lagi mangsa yang masih hilang diteruskan malam tadi, kata Mohd Sani kepada pemberita di lokasi kejadian.

Polis juga memperluaskan radius kawasan pencarian tiga lagi kanak-kanak yang masih hilang kepada 5 kilometer.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata operasi pencarian itu diteruskan malam tadi.

Sementara itu, Anggota Parlimen Hulu Selangor Datuk P. Kamalanathan yang turut hadir, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Saya harap keluarga mangsa sentiasa tabah atas kejadian ini dan mengelakkan kejadian sedemikian berulang kembali,” katanya, lapor Bernama.

Kamalanathan yang juga Timbalan Menteri Pendidikan meminta ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka bagi mengelak perkara yang tidak diingini.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.