Timbalan Menteri Protes Lagi, Kenang Nasib Empat Beradik Yatim Piatu

KUALA LUMPUR – Terbaharu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah dilihat duduk ditapak gerai empat beradik yang merupakan anak yatim di kawasan MiTC Ayer Keroh, Melaka.

 

Ahli parlimen Tangga Batu itu mengenangkan nasib empat beradik yang didakwa berhadapan tindakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

 

“Jam 10.45pagi, saya datang di sini lagi….Gerai 4 beradik anak yatim sudah tiada di sini. Saya tidak tahu nasib mereka…”Nasib di dunia di tentukan oleh MPHTJ. Itulah Ceritanya,” tulisnya menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebooknya.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati rata-rata kenalan Abu Bakar di media sosial memuji tindakan Timbalan Menteri yang sangat prihatin dengan permasalahan masyarakat setempat.

 

“Datuk is the best,”puji Zaed Banzai

 

Syafaat Ma’ain berkata, “Steady Dato’!”

 

Manakala Azry Anoi berkata “MPHTJ dah bagi tempat niaga baru kot….,”tulisnya.

 

“Dato memang terbaik …”kata Al Hakim Ramli.

 

Terdahulu, Abu Bakar turut mengunakan pendekatan yang sama untuk menegur pihak berkuasa tempatan agar segera mengambil tindakan terhadap aduan rakyat dengan memuat naik gambar beliau duduk di atas jalan berlubang, dan longkang yang bermasalah.

 

Pengguna media sosial menyifatkan tindakan itu sebagai yang pertama kali dilakukan oleh seorang ahli parlimen bertaraf timbalan menteri.

 

Malah, menerusi gambar tersebut pihak berkuasa tempatan dikatakan segera membaiki jalan berlubang apabila gambar ‘duduk’ tersebut menjadi viral dan bualan hangat masyarakat kawasannya.– SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.