PM Thai Gesa Tonton Drama Korea

BANGKOK – Perdana Menteri Thai, Prayut Chan-O-Cha semalam menggesa rakyat negara itu menonton sebuah drama popular Korea Selatan yang mengisahkan bagaimana seorang tentera menyelamatkan nyawa penduduk.

 

Prayut yang merampas kuasa pada 2014 sering menggambarkan dirinya sebagai pegawai yang ditugaskan untuk menyelamatkan Thailand selepas dilanda kekacauan politik selama beberapa tahun.

 

Malah, dia juga mencipta dua lagu pop dan menerbitkan beberapa filem pendek untuk menyebarkan mesej patriotiknya.

 

Semalam, dia menggesa rakyat Thai menonton ‘Descendants of the Sun,’ drama yang mendapat sambutan baik di Korea Selatan, China, Jepun dan beberapa negara lain.

 

“Ia filem baik yang menyuntik semangat patriotik, pengorabanan, taat dan warga yang bertanggungjawab,” kata Prayut kepada pegawai di satu majlis kerajaan.

 

“Sila tonton drama itu. Jika ada pihak yang mahu menghasilkan drama seperti itu di sini, saya sedia membiayainya supaya rakyat menyayangi pegawai kerajaan yang tidak rasuah dan menjadikan penduduk negara ini saling menyanyangi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.