Wang Kertas Kena ’Troll’ Lagi

Kuala Lumpur – Beberapa minggu lalu, heboh di laman sosial tentang penyebaran sekeping duit kertas bernilai RM100 yang memaparkan gambar Agong menutupi muka kerana malu dengan kejatuhan nilai ringgit.

 

Gambar duit kertas yang disunting itu mendatangkan kemarahan banyak pihak kerana seperti menghina institusi diraja.

 

Terbaru, tersebar satu lagi gambar wang kertas RM100 yang disunting menjadi RM94.

 

Gambar yang tersebar luas di media sosial itu dikatakan berpunca daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bermula 1 April ini.

 

Difahamkan, gambar wang berkenaan membawa maksud duit kertas RM100 itu telah ditolak RM6 kerana dikenakan cukai 6 peratus GST.

 

Menerusi gambar yang tersebar itu, terselit nota yang menyatakan itu adalah duit wang kertas baharu yang akan menggantikan RM100.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.