Video: Warga Emas Doakan Kemenangan Calon Bebas Lambang Gajah

Kuala Lumpur – Satu petikan video yang menunjukkan seorang wanita warga emas berdoa, mungkin mampu membantu kempen calon bebas, Sharif Mahmood, untuk mencapai kemenangan pada Pilhan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan pada 22 Mac depan.

 

Paparan video yang dimuat naik di laman sosial Facebook itu, kini menjadi viral sejak tiga hari lalu dan ditonton sebanyak 4,424 serta turut dikongsikan lebih 110 kali.

 

 

Kandungan video berdurasi 2 minit 9 saat itu antara lain menunjukkan aksi wanita tersebut yang membacakan doa agar Sharif yang bertanding menggunakan lambang gajah mencapai kemenangan dalam PRK berkenaan.

 

Kelibat calon itu mengaminkan doa yang dibacakan oleh wanita berkenaan turut dapat disaksikan pada video itu.

 

Antara intipati doa yang dibacakan wanita itu ialah mahu agar pengundi di DUN Chempaka terbuka hati untuk untuk mengundi Sharif sekaligus memberikan kemenangan kepadanya.

 

Selain itu wanita itu turut menyatakan dalam doanya bahawa Sharif merupakan seorang yang boleh diharap bagi menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin sekiranya pengundi memberikan mandat kepadanya untuk menjadi wakil rakyat di DUN itu.

 

Sementara itu, seorang pengguna laman Facebook yang telah menonton video berkenaan memberikan komen “Orang perempuan yang membaca doa, orang lelaki tidak boleh menampung doa untuk mengaminkannya.”

 

Seorang lagi yang memberikan komen, Amal Syihan Abdullah menulis  “Tidak perlulah kita memandang rendah pada sesiapa pun. Kalau buruk di mata kita pun, perkiraan Allah siapa yang tahu.”

 

PRK DUN Chempaka menyaksikan pertembungan lima penjura antara calon PAS dan empat calon bebas.

 

Calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42, yang merupakan Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka.

 

Manakala empat calon bebas ialah bekas calon bebas PRK DUN Pengkalan Kubor Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55; dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.

 

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.
DUN Chempaka mempunyai 21,890 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 20,390 pemilih biasa; 1,497 pemilih awal dan tiga orang pengundi tidak hadir luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.